Thursday, March 19, 2020

JUAL BELI (AL-BAI') I


PENGERTIAN

Bahasa : Pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain
Syarak : Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan qabul

HUKUM JUAL BELI

Hukum asal : Harus
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 275 :

......
Maksudnya : Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

RUKUN JUAL BELI


Image result for gif buying

1) Penjual dan Pembeli

a.       Baligh dan berakal
b.       Mampu menguruskan barangan dengan baik
c.       Dilakukan dengan kemahuan sendiri
d.       Membuat pilihan kecuali dengan kes yang melibatkan undang-undang
e.       Individu berlainan
f.        Beragama islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di dalamnya
g.       Pembeli bukan kafir harbi jika barangan yang dibeli adalah senjata

2)      Barang Jualan

a.       Wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli kecuali dalam jual beli al-Salam dan al-Istisna’
b.       Bersih dan suci
c.       Berfaedah menurut syarak
d.       Bernilai menurut Islam
e.       Kepunyaan penjual/wakilnya
f.        Diketahui oleh kedua-dua pihak tentang kadar, jenis dan sifatnya

3)      Harga

a.       Bayaran bernilai/laku di pasaran
b.       Jumlah bayaran jelas
c.       Bayaran boleh diserahkan kepada penjual
d.       Jenis mata wang diketahui kedua-dua pihak

4)      Ijab dan Qabul

a.       Tawaran (ijab) berterusan dan tidak berubah hingga diterima (qabul)
b.       Wujud dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama antara kedua-duanya
c.       Tidak diselangi percakapan atau perkataan lain yang tidak berkaitan dengan akad
d.       Wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz


No comments: