Saturday, March 21, 2020

JUAL BELI (AL-BAI') II

JUAL BELI YANG DIBENARKAN



·       Bai’ al-Tauliah : 

menjual barang yang dibeli dan diterima dengan harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan

·       Bai’ al-Isyraq : 

sebahagian barangan dibeli dan diterima dengan sebahagian harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan

·       Bai’ al-Murabahah : 

menjual barangan yang dibeli dan diterima dengan harga asal ketika dibeli dengan tambahan keuntungan pada kadar tertentu

·       Bai’ al-Wadi’ah : 

menjual barang yang dibeli dan diterima dengan harga asal ketika dibeli dengan menurunkan sedikit harga

·       Al-Sarf / Tukaran mata wang : 

jual beli dua barangan yang kedua-duanya dalam bentuk mata wang

·       Bai’ al-Salam : 

jual beli barangan tempahan tetapi perlu diberikan bayaran pendahuluan dan ada tempoh penyerahan

·       Bai’ al-Istisna’ : 

jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan bayaran pendahuluan, tempoh bayaran boleh ditetapkan atau tidak

·       Bai’ al-Wafa’ : 

kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak boleh dipindahkan kepada pembeli


JUAL BELI YANG HARAM DAN TIDAK DIBENARKAN


Image result for gif muslimah
  1. Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat
  2. Jual beli yang mempunyai unsur perjudian
  3. Jual beli yang mempunyai unsur penipuan
  4. Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu
  5. Jual hutang dengan hutang
  6. Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik 
  7. Jual beli barangan yang gharar, tiada kepastian dan tidak boleh diserahkan kepada pembeli
  8. Jual beli barangan yang belum wujud
  9. Jual beli barangan bersyarat

JUAL BELI YANG HARAM TETAPI SAH

  • Menjual barang yang sedang dalam tawaran orang lain
  • Monopoli dalam jual beli
  • Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa) : membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar
  • Jual beli tulaqqi al-rukban (memintas perdagangan) : menyekat penjual daripada desa yang tidak tahu harga pasaran di tengah jalan untuk membeli dengan harga murah
  • Jual beli najasy : membeli barang supaya orang lain terikut-ikut membeli dengan harga yang lebih tinggi
  • Membeli barang halal dengan tujuan maksiat
  • Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (bagi mereka yang diwajibkan)
  • Mengurangkan sukatan dan timbangan



No comments: