Thursday, March 19, 2020

ASAS MUAMALAT DALAM ISLAM

Peranan Muamalat Dalam Islam
  • Mewujudkan masyarakat yang aman damai daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya
  • Menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia
  • Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang Allah SWT
  • Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
  • Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah SWT dengan cara yang betul dan diredhaiNya
  • Menggalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan negara
  • Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong-menolong dan bantu membantu untuk kebajikan bersama
  • Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah SWT tidak dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja 
Kelebihan Muamalat
 Image result for gif muslimah
  • Harta kekayaan yang diperoleh diredhai Allah SWT
  • Sebahagian harta yang diperoleh dapat digunakan pada jalan kebaikan
  • Mendapat pahala apabila menggunakan harta untuk faedah orang lain 
  • Mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat apabila membelanjakan harta pada jalan Allah
  • Melahirkan masyarakat manusia yang berakhlak mulia
  • Mewujudkan masyarakat yang adil, bertanggungjawab, amanah, jujur dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara keji
Kesan Mengabaikan Kepentingan Muamalat
  • Membawa kepada pergaduhan dan pemusuhan
  • Masyarakat tidak aman
  • Mewujudkan individu yang mementingkan diri sendiri
  • Harta didapati secara tidak halal
  • Harta digunakan ke jalan yang tidak diredhai Allah dan berlaku pembaziran
  • Melahirkan manusia yang bersikap tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain

No comments: